Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 4 June 2008

Mati Lemas

Pengalaman saya semasa belajar di universiti sekitar tahun 1992 hingga 1998 memang indah. Program Matrikulasi Sains selama 2 tahun dan ditambah dengan program ijazah selama 4 tahun rasanya seperti sekejap sahaja berlalu. Tak puas rasanya.

Musim cuti semester di universiti sebeginilah saya dan rakan-rakan penuhi dengan aktiviti rekreasi. Jarang sekali saya dapat peluang untuk pulang bercuti di kampung untuk tempoh yang lama.

Oleh kerana takut tidak mendapat kebenaran daripada mami [ibu saudara merangkap penjaga selepas kematian emak dan abah], jadi saya hanya memaklumkan aktiviti cuti saya sebaik sahaja pulang daripada mengikuti sesuatu aktiviti.

Pernah sekali tu, ketika mengikuti Kursus Kejurulatihan Rekreasi Tahap I sebagai peserta pada tahun 1993 di Tasik Chini, saya hampir-hampir mati lemas. Saya dipeluk dan ditekan oleh 2 orang wanita rakan sepelatih yang telah lemas. Saya telah ditarik sekali oleh kedua-dua mereka. Semuanya berpunca kerana mereka panik ketika aktiviti keyakinan diri di air. Tanpa jaket keselamatan. Kebetulan saya yang berada begitu hampir dengan mereka ketika kejadian itu berlaku.

Mana instruktor? Kenapa mereka tidak datang membantu?

Saya cuba melepaskan dan menyelamatkan diri. Namun gagal. Pelukan kedua-dua wanita yang boleh tahan besarnya badan mereka itu menyebabkan saya gagal meloloskan diri. Kuat sungguh. Saat itu hanya wajah arwah mak dan abah sahaja yang bermain di ingatan. Saya juga teringat yang saya tidak memaklumkan pemergian saya ke Tasik Chini untuk berkursus kepada mami dan baba. Tentu mereka menangis menuntut 'mayat' saya di hospital. Saya masih sempat mengucap. Namun Allah swt masih memberi saya peluang.

Seorang boatman yang kebetulan berada di jeti nampak kejadian tersebut. Dengan pantas beliau memecut botnya ke arah kami dan membantu. Ketiga-tiga kami akhirnya ditarik ke dalam bot. Saya bersyukur.

Setelah berkahwin dan mempunyai anak, sekarang barulah saya faham kenapa mami dan baba sering menghalang penglibatan aktif saya dulu. Lebih-lebih aktiviti yang di luar pengetahuan mereka. Alasannya sudah tentulah kerana tanggungjawab dan amanah yang mereka pikul demi menjaga anak yatim piatu ini. Takut sesuatu terjadi kepada saya.

4 comments:

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,

Yes betul jugak coretan Boss kali nie. Bila dah ada anak sendiri baru kita nampak betapa lasaknya aktiviti yang kita semua lalui untuk sampai ke sesuatu tahap.
PPT sendiri kalau nak ikut dah lama takdak atas mukabumi atas sebab lebih kurang sama tapi lain sikit.
Apa pun belajar dari kesilapan lebih baik dari belajar melakukan kesilapan yang sama sepanjang masa. Kesedaran @ Awareness amat penting dalam hal ini.

PPT nampak semakin lama coretan yang diungkapkan jelas menceritakan pengalaman Boss untuk dijadikan ikhtibar semua. Teruskan Boss. JUST DO IT.

Cheers .....

hisyamchemat said...

PPT,
Terima kasih di atas dorongan anda. Anda bola lagi?

hisyamchemat said...

Bila lagi daaa

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,

PPT masih dalam proses melihat perkembangan bloggers yang bersangkutan dengan FSR dan PERLU. Ada yang update dan banyak yang mula bersawang kow-kow. So PPT tak mau jadi sebahagian dari bloggers yang indah khabar dari rupa. Niat mereka utk ada blog hanya mainan perasaan semata-mata dan memenuhi permintaan org lain.
Biarlah kemunculan blog PPT akan menjadi ikutan dan teladan pihak lain.
Buat masa sekarang PPT masih mengkaji attitude dan human error bloggers lain.
Tapi kalau tiada aral yang melintang dan tiada yang jatuh telentang, PPT akan muncul juga nanti insyaALLAH.

Cheers ..........