Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 15 October 2009

Betul ka Dah OK tu Firdaus?

Terkejut saya ketika mendapat pesanan ringkas daripada dua alumni FSR, Malin dan Shawn. Ketika itu saya di dalam perjalanan ke Kampus UiTM Pahang, Jengka untuk upacara Pelancaran Diploma Pengajian Sukan yang akan disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang. Khabarnya, Firdaus atau lebih dikenali dengan panggilan Ustat telah ditimpa kemalangan. Tulang punggungnya patah ketika sedang membantu dan memantau aktiviti ‘tubing’ untuk Amali Perkhemahan Akhir pelajar diploma di Gopeng.

Rasa bersalah juga rasanya kerana saya tak dapat bersama-sama untuk turut serta membantu dan menyumbang tenaga untuk perkhemahan kali ini. Kekangan masa dek tugas di pejabat [sememangnya kerja di pejabat tidak pernah berkurang, bahkan sentiasa bertambah] telah membantutkan keinginan saya untuk turut sama menjayakan program pelajar diploma pada kali ini.

Selepas Isyak semalam, saya sekeluarga, Shawn dan Abe telah meluangkan masa melawat Ustat di rumah. Saya membayangkan yang Ustat sedang terlantar dan berbaring secara mengiring apabila menerima ziarah kami semua.

Kalau sebelumnya apabila menghubungi Ustat, dia mengatakan yang dia hanya mampu tidur mengiring saya di rumah, duduk pun sakit, tetapi malam tadi segalanya berbeza sama sekali. Ustat mampu untuk menjemput kami hingga ke parkir kenderaan. Dia mampu berjalan dan bergerak dengan pantas. Kami kaget, benarkah Ustat ni sakit. Tengok OK ja. Kata tulang tongkeng dah patah... tapi relaks ja macam tak sakit.

Saya menjangkakan Ustat masih belum pulih sepenuhnya. Dia jangkakan dia ‘berlakon’ depan kami yang dia dah OK. Dia yakin dia cuba sebaik mungkin untuk menyelindungkan kesakitan yang dia alami. Ada agenda lain ka Ustat?

Kami semua dijamu dengan sate dan nasi impit. Macam open-house la pulak.

Walaupun masih sakit, Ustat dan ditemani ibunya setia melayan kami. Terima kasih Ustat dan keluarga. Sama-samalah kita doakan Ustat cepat sembuh dan boleh bertugas seperti sediakala dan tidak serik untuk terus membantu adik-adik di FSR semasa perkhemahan dan aktiviti luar di lain masa.

Nota dan peringatan: Kepada pengiat-pengiat dan pengemar aktiviti rekreasi, pastikan anda telah mendapatkan skim insuran yang boleh melindungi anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika berekreasi.

3 comments:

Lennyek said...

ustd nk nmpk gagah..die segan kot kalo org tgk die jalan kengkang..hehehe..

semoga ustd cpt sembuh..

teamtact said...

Ya....nakkan insuran yang boleh cover semua aktiviti x treme..... jumpa shawn....

Angah_adzim said...

salam....

ustat mmg betul2 sakit tapi dia tahan kan je. lagipun dia tak nak mak n ayah dia risau sangat. n kalu mak n ayah dia tau, confirm dia takleh gerak mane2... kena duduk kat rumah je... tu yang wat2 sihat tu...

hehehe...


salam